Hari ini, 11 september 2010 genaplah 9 tahun tragedi world trade center, new york. Tragedi tersebut adalah serangan yang dikatakan dilakukan oleh al-qaeda terhadap bangunan-bangunan utama di amerika syarikat.
Kejadian yang berlaku pada hari selasa, 11 September 2001 yang dikatakan didalangi oleh pengganas al-qaeda yang telah merampas empat pesawat komersial. Dua buah pesawat (175 united airlines dan 11 American airlines) telah merempuh menara utara dan menara selatan pusat dagangan dunia (world trade center (WTC)) di Manhattan, new york. Ini telah mengakibatkan bangunan tersebut yang mempunyai 110 tingkat runtuh dan mengakibatkan kerosakkan kepada bangunan berhampiran.
Pesawat ketiga (77 american airlines) telah melanggar bangunan pentagon (jabatan pertahanan AS) di Washington D.C. rempuhan ini telah menyebabkan satu daripada lima lingkaran pentagon musnah.
Manakala pesawat keempat (93 united airlines) yang dikatakan ingin merempuh white house atau capitol telah terhempas di shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang selamat daripada keempat-empat pesawat ini.
Dianggarkan seramai 2,995 nyawa terkorban (termasuk perampas kapal terbang) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. 246 daripadanya berada dalam 4 kapal terbang (tiada yang terselamat), 2,605 dari New York City dalam menara dan sekitarnya, dan 125 di Pentagon. Semua kematian merupakan orang awam kecuali 55 angota tentera di Pentagon.
Amerika syarikat yang ketika itu berada di bawah pentadbiran presiden george w. Bush telah bertindak balas dengan melancarkan perang menentang keganasan. Afghanistan merupakan negara pertama yang diceroboh untuk menggulingkan kerajaan Taliban pada tahun 2001. Amerika syarikat turut menggunakan alas an perang menentang keganasan untuk meyerang iraq pada tahun 2003.
FAKTA MENARIK
Pada hari berlakunya tragedi, majoriti pekerja yang berbangsa yahudi tidak datang bekerja.
Wujud video yang memaparkan serangan ke atas menara utara (menara pertama yang dirempuh). Video tersebut memaparkan pergerakkan pesawat sehingga mermepuh WTC.
World Trade Center tidak runtuh akibat dilanggar pesawat tetapi kerana diletupkan dengan bahan letupan.
Jumaat, 10 September 2010
Kisah Masyarakat Barat yang Fobia dengan Angka 13
Masa tengah baca artikel tentang Lapangan terbang kebangsaan Washington Ronald Reagan (Ronald Reagan Washington national airport) ada la terbaca tentang ini.
Terminals B and C opened in 1997, replacing a collection of airline-specific terminals built during the 1960s. The new terminals were designed by architect Cesar Pelli and house 35 gates. There is no Gate 13, possibly due to superstition.
Selama ini kita mungkin tidak menyangka yang masyarakat barat yang dianggap lebih moden daripada kita juga mempunyai kepercayaan mistik.
Jika kita menggunakan lif di negara kita atau di Negara-negara asia , butang lifnya mempunyai semua angka. Di Negara barat terutama di amerika syarikat dan kanada, kita mungkin merasa hairan jika terlihat tiada angka 13 pada butang lif.
Masyarakat barat percaya bahawa angka 13 adalah angka yang membawa malang, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya.
Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.
KISAH DI SEBALIK ANGKA 13
Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sick, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.
Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan.
Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan.
Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib.
Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.
Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.
Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sick dan
Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu.
Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.
Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of
Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.
Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis.
Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual.
Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.
Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan.
Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara
******************************
Selain masyarakat barat yang fobia dengan angka 13, masyarakat cina juga fobia dengan angka 4 kerana sebutan ‘empat’ dan ‘mati’ dalam bahasa mandarin adalah sama.
Bagi masyarakat Itali, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.
Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sick tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick atau disumpah.
Bagi masyarakat melayu yang beragama islam, kita tidak sepatutnya dan dilarang mempercayai perkara ini kerana dianggap khurafat. Ini kerana perkara-perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk adalah ketentuan allah s.w.t.
Rabu, 8 September 2010
2010 Formula 1 SingTel Singapore Grand Prix
Perlumbaan Formula 1 Singapura akan berlangsung pada 24, 25 dan 26 september 2010. Perlumbaan akan berlangsung di Litar Jalan Raya Marina Bay (Marina Bay Street Circuit)
Litar Perlumbaan
Laluan Litar Jalan Raya Marina Bay |
Jadual Perlumbaan
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
|
Kalendar Perlumbaan 2010
Perlumbaan F1 Singapura 2009
Padang |
The Float @ Marina Bay |
Keputusan Tahun 2009
Pos | No | Pemandu | Pengeluar | Pusingan | Masa | Grid | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1‡ | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes | 61 | 1:56:06.337 | 1 | 10 |
2 | 10 | Timo Glock | Toyota | 61 | +9.634 | 6 | 8 |
3 | 7 | Fernando Alonso | Renault | 61 | +16.624 | 5 | 6 |
Isnin, 6 September 2010
Raya Hari Khamis???
Orang ramai diminta agar tidak mempercayai khabar angin yang mengatakan hari raya aidilfitri jatuh pada hari khamis 9 september. Khabar angin ini mungkin direka oleh mereka yang tidak ingin beraya pada hari jumaat kerana perlu mengerjakan dua solat iaitu solat sunat aidilfitri dan solat jumaat.
Raya hari jumaat pun OK pun. Malaysia dh pernah beraya pada hari jumaat, tak ada yang menyusahkan pun. Lagi pun elok la hari raya jatuh pada penghulu segala hari.
PETIKAN AKHBAR
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.
Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.
Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.
Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.
Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.
Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.
Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.
Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.
Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.

Langgan:
Catatan (Atom)