Jumaat, 10 September 2010

Ulangtahun Ke-9 Tragedi 11 September

Hari ini, 11 september 2010 genaplah 9 tahun tragedi world trade center, new york. Tragedi tersebut adalah serangan yang dikatakan dilakukan oleh al-qaeda terhadap bangunan-bangunan utama di amerika syarikat.
Kejadian yang berlaku pada hari selasa, 11 September 2001 yang dikatakan didalangi oleh pengganas al-qaeda yang telah merampas empat pesawat komersial. Dua buah pesawat (175 united airlines dan 11 American airlines) telah merempuh menara utara dan menara selatan pusat dagangan dunia (world trade center (WTC)) di Manhattan, new york. Ini telah mengakibatkan bangunan tersebut yang mempunyai 110 tingkat runtuh dan mengakibatkan kerosakkan kepada bangunan berhampiran.
Pesawat ketiga (77 american airlines) telah melanggar bangunan pentagon (jabatan pertahanan AS) di Washington D.C. rempuhan ini telah menyebabkan satu daripada lima lingkaran pentagon musnah.
Manakala pesawat keempat (93 united airlines) yang dikatakan ingin merempuh white house atau capitol telah terhempas di shanksville, Pennsylvania. Tiada seorang pun yang selamat daripada keempat-empat pesawat ini.
Dianggarkan seramai 2,995 nyawa terkorban (termasuk perampas kapal terbang) dalam serangan domestik yang paling teruk di Amerika Syarikat. 246 daripadanya berada dalam 4 kapal terbang (tiada yang terselamat), 2,605 dari New York City dalam menara dan sekitarnya, dan 125 di Pentagon. Semua kematian merupakan orang awam kecuali 55 angota tentera di Pentagon.
Amerika syarikat yang ketika itu berada di bawah pentadbiran presiden george w. Bush telah bertindak balas dengan melancarkan perang menentang keganasan. Afghanistan merupakan negara pertama yang diceroboh untuk menggulingkan kerajaan Taliban pada tahun 2001. Amerika syarikat turut menggunakan alas an perang menentang keganasan untuk meyerang iraq pada tahun 2003.

FAKTA MENARIK

Pada hari berlakunya tragedi, majoriti pekerja yang berbangsa yahudi tidak datang bekerja.

Wujud video yang memaparkan serangan ke atas menara utara (menara pertama yang dirempuh). Video tersebut memaparkan pergerakkan pesawat sehingga mermepuh WTC.

World Trade Center tidak runtuh akibat dilanggar pesawat tetapi kerana diletupkan dengan bahan letupan.