Selasa, 14 Jun 2011

ULANG TAHUN KELAHIRAN QUEEN ELIZABETH II

Queen Elizabeth II telah meyambut ulang tahun kelahiran baginda yang ke-85 pada 11 Jun 2011. Sambutan besar-besaran telah diadakan di horse guards parade, London. Sambutan Trooping the Colour telah di dihadiri oleh Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duchess of Cornwall, Duke dan Duchess of Cambridge, Duke of York, Earl dan Countess of Wessex Prince Harry of Wales dan keluarga diraja.

Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton Street, Mayfair,London pada 21 April 1926. Ayanhanda dan bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York (King George VI) dan Elizabeth Bowes-Lyon (Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth dibaptis di Private Chapel, Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (Biskop Besar Canterbury). Elizabeth mempunyai seorang adinda, iaitu Princess Margaret, Countess of Snowdon (meninggal 9 Februari 2002)

Elizabeth mengahwini Lieutenant Philip Mountbatten (Prince Philip, Duke of Edinburgh) ketika berusia 13 tahun pada 20 November 1947 di Westminster Abbey, London. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 putera dan seorang puteri.
  • Prince Charles, Prince of Wales
  • Princess Anne, Princess Royal
  • Prince Andrew, Duke of York
  • Prince Edward, Earl of Wessex

Elizabeth telah menaiki takhta united kingdom pada tahun 1952 untuk menggantikan ayahandanya King George VI. Upacara pertabalan baginda diadakan di Westminster Abbey pada 2 Jun 1953. Baginda telah memakai gelaran HM queen Elizabeth II.

Sambutan Trooping the Colour di Horse Guards Parade

Duke dan Duchess of Cambridge

Kereta kuda yang membawa Duchess of Cornwall, Duke of York, Duchess of Cambridge dan Prince Harry

Keluarga Diraja di Balkoni Istana Buckingham

Earl dan Countess of Wessex

Kereta kuda yang membawa Queen

Kuda yang mengiringi Queen

HM Queen Elizabeth dan Prince Philip, Duke of Edinburgh



Jumaat, 3 Jun 2011

BALASAN ALLAH TERHADAP ATATURK

Mustafa Kemal Ataturk


 
Mustafa Kemal Ataturk, (1881 - 10 november 1938) merupakan pengasas republik turki dan presiden pertama turki. Beliau juga dikenali sebagai bapa pemodenan turki.

Semasa memegang jawatan presiden, mustafa kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar turki uthmaniyyah. Mustafa kamal ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di ankara.

PERKARA YANG BERLAKU SEMASA PEMERINTAHAN BELIAU

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan al-quran dicetak dalam bahasa turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa turki. Bahasa turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur arab dan parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
11. Menyerang islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar masjid ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan kementerian wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar islam dan menukarkan huruf arab kepada huruf latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kemal Ataturk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN BELIAU

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu maha besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 november 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama etnagrafi di ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula. Tapi bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit (Anitkabir) dan ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan kamal atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi turki, seluruh bumi allah ini tidak menerima kamal atartuk!” Hanya allah sahaja yang maha mengetahui.
Tempat Persemadian Ataturk di Anitkabir

Anitkabir (Makam Ataturk)