Selasa, 14 Jun 2011

ULANG TAHUN KELAHIRAN QUEEN ELIZABETH II

Queen Elizabeth II telah meyambut ulang tahun kelahiran baginda yang ke-85 pada 11 Jun 2011. Sambutan besar-besaran telah diadakan di horse guards parade, London. Sambutan Trooping the Colour telah di dihadiri oleh Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duchess of Cornwall, Duke dan Duchess of Cambridge, Duke of York, Earl dan Countess of Wessex Prince Harry of Wales dan keluarga diraja.

Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton Street, Mayfair,London pada 21 April 1926. Ayanhanda dan bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York (King George VI) dan Elizabeth Bowes-Lyon (Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth dibaptis di Private Chapel, Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (Biskop Besar Canterbury). Elizabeth mempunyai seorang adinda, iaitu Princess Margaret, Countess of Snowdon (meninggal 9 Februari 2002)

Elizabeth mengahwini Lieutenant Philip Mountbatten (Prince Philip, Duke of Edinburgh) ketika berusia 13 tahun pada 20 November 1947 di Westminster Abbey, London. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 putera dan seorang puteri.
  • Prince Charles, Prince of Wales
  • Princess Anne, Princess Royal
  • Prince Andrew, Duke of York
  • Prince Edward, Earl of Wessex

Elizabeth telah menaiki takhta united kingdom pada tahun 1952 untuk menggantikan ayahandanya King George VI. Upacara pertabalan baginda diadakan di Westminster Abbey pada 2 Jun 1953. Baginda telah memakai gelaran HM queen Elizabeth II.

Sambutan Trooping the Colour di Horse Guards Parade

Duke dan Duchess of Cambridge

Kereta kuda yang membawa Duchess of Cornwall, Duke of York, Duchess of Cambridge dan Prince Harry

Keluarga Diraja di Balkoni Istana Buckingham

Earl dan Countess of Wessex

Kereta kuda yang membawa Queen

Kuda yang mengiringi Queen

HM Queen Elizabeth dan Prince Philip, Duke of Edinburgh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan